Friday, September 17, 2004

Tetek Besar, Pantat Lebar

Tetek Besar, Pantat Lebar
Adakah tajuk novel baru Mo Yan satu pemberontakan terhadap tradisi?
by Khalid Jaafar

17-09-2004

Sebelum diterbitkan di Beijing, penerbit Mo Yan, penulis novel Red Sorghum yang difilemkan dengan arahan Zhang Yimou dan lakunan Gong Li, membuat publisiti untuk novel terbaharunya. Media riuh dan pengkritik naik rebut. Mengapa tajuknya begitu celupar, atau mencarut? Kemudian suara-suara lantang muncul menuntut Mo Yan menukar tajuk novel terbaharunya. Mo Yan enggan.

Terjemahan Inggeris novel tersebut dengan nama Big Breast Wide Hip hanya akan dipasarkan mulai November akan datang. Ceritanya, menurut Mo Yan sendiri (diceritakan di Shambaugh House kepada lebih kurang 30 orang penulis dari seluruh dunia yang menghadiri International Writing Program di University Iowa dan peminat-peminat novelis tersebut) adalah tentang seorang perempuan yang bekahwin dengan lelaki mandul. Lakinya mandul, tapi dapat anak sembilan orang. Hairan?

Setelah beberapa tahun tidak memperolehi anak si isteri mulai tahu bahawa suaminya mandul dan berdepan dengan tradisi masyarakat Cina bahawa isteri yang tidak membawa zuriat lambat laut akan disingkirkan dari rumah. Maka si isteri yang setia dan cintakan suami bersetubuh dengan lelaki demi lelaki yang tidak dicintainya semata-mata untuk memperolehi anak. Dan setiap anak yang dilahirkan adalah benih dari lelaki berlainan.

Tetapi anak demi anak yang dilahirkan adalah perempuan. Anak perempuan tidak menyambung zuriat keluarga, itu hanya boleh dilakukan oleh lelaki. Si isteri tidak berhenti bersenggama dengan lelaki sehinggalah memperolehi anak lelaki. Akhirnya, setelah bersenggama dengan lapan lelaki, dengan lelaki yang kesembilan dia memperolehi seorang putera. Dan siapakan lelaki yang kesembilan itu? Itulah yang lucunya, juga sebagai sindiran berselindung, lelaki itulah adalah seorang padri, mubaligh dari Sweden.

Sambungan di:- http://www.kakiseni.com/articles/columns/MDU1OQ.html

1 comment:

Anonymous said...

eh...is there an error in translation?
--fazlan